“KAWAN”

Anda ada kawan? mesti ada kawan? baik tak kawan anda tu?

Semester 5 ku hampir tamat tak lama lagi, sbb 8 hb ni paper last aku. Diantara paper yang yang paling susah la.  Diantara sebab mengapa aku kata paper ni susah, sbb kurang faham ngan apa yang lecturer aku ajar, dia lecturer muda dan kelas aku la kelas pertama dia ajar. Dia masih kurang mahir untuk mengajar student. Aku kesian kat die.

Tajuk ceritaku ini bukan hendak memperjelaskan isi di perenggan ke2 di atas. Tetapi “KAWAN”. Aku merasai adilnya Allah bagi aku classmate seperti semester ini. Di dalam kelas, aku hanya seekor kumbang yang menghinggap di sekeliling banyak bunga kecantikan. Pada mulanya aku segan, tapi “gentle”lah sikit bak kata muda-mudi mase kini. Aku try sesuaikan diri. Ditakdirkan aku memegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar pada semester kali ini. Satu amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh semua rakan Fakulti Diploma Sains.  Aku Mula terpaksa tinggal kelas kerana terpakse pergi ke program2 kursus2 melibat kan MPP dan banyak jugak la aku kurang jelas dengan subject2 yang aku ambil untuk final paper.

Izan, Siti, Sunizan, Naz, Nurul, Zatul, Asma, Kak Sha, Azlin dan Shida. Mereka sume ni rakan perjuangan final paper ku untuk semester ni bagi kelas ASD5SF. Aku puji sangat mereka sume ni. Banyaknya jasa diorang kat aku. Ingat kan aku bile test quiz, bagi copy nota, dan ajar aku bila aku tak faham dalm mane2 subject (terutama Izan, class rep aku). Aku sungguh2 terima kasih kat izan ni. dia bukan tolong aku sahaja, 1 kelas dia tolong. Bersyukur Allah jadikan dia insan sebagus dia. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat2 berterima kasih kepada semua rakan2 ahli mujahid ilmu ku, kelas ASD5SF. Banyak betul mereka sume menolong ku dalam terus menuntu ilmu di kala aku juga sibuk dalam mencuba melaksanakan tanggungjawab ku sebagai MPP. Ya Allah berikan aku dan semua rakan2 ku keputasan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Berila kami sentiasa besemangat menjadi mujahid ilmuMu Ya Allah. Dan terimakasih Ya Allah kau temukan aku ngan rakan2 ku di kelas ASD5SF. Mereka Sangat baik untuk diriku. Sesungguhnya engkau tuhan yang maha memberi nikmat kepada hambanya.

Aku Sayang Rakan2 ASD5SF….. Sejahterakan mereka Ya Allah… Aminnn….

Advertisements

2 Responses so far »

  1. 1

    syamil said,

    terima kasih di atas komentar saudara berkenaan pantun saya itu.saya amat menghargainya.secara hakikatnya, melayu tidak akan jadi seperti yang berlaku saat ini.melayu adalah satu kaum yang bijaksana, berfikiran panjang, berjiwa pahlawan dan tidak akan mudah lupa.tetapi satu kelemahan yang amat jelas dilihat sehinggakan melayu menjadi satu kaum yang amat lemah dan seakan tidak bermaya lagi adalah sifatnya yang mudah menerima anasir luar, suka mencuba sesuatu yang baru dan tidak mengambil pengajaran berdasarkan sejarah yang telah dilalui.

    bukan mudah hendak berubah, tetapi teramat mudah untuk diubah

    semoga saudara dapat meneruksan komentar yang baik2 di blog saya.selamat berkongsi ilmu


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: