About Me

familyday_14

Assalamualaikum…

Aku.. Aku diberi nama yang indah dan unik daripada seorang ayah dan ibu yang aku amat sayangi. Namaku Ahmad Liwauddin bin Mardi. Nama yg unik ini membawa panji Agama. Aku dilahirkan pada 14 november 1988. kelahiran ku amat bermakna bagi ibuku. Ini kerana aku telah ditakdirkan  oleh Allah yang esa bahawa aku adalah anak pertama yang berjaya ibuku lahirkan, walaupun kelahiranku Allah telah menguji ibuku dengan melahirkan ku bukan cara normal. Aku dilahirkan dengan cara pembedahan. Amat perit kesakitan ibuku. Aku dilahirkan pada waktu ingin menjelang maghrib iaitu pada jam 7.05 petang. Tempat ku dilahirkan di kamar bilik pembedahan Hospital Batu Pahat  Johor.

Ayahku diberi nama Mardi bin Ngadino (memakai T-shirt hitam). Seorang yang berketurunan jawa. Arwah datuk ku adalah seorang penghijrah dari Indonesia. Ibu ku pula dianugerahkan nama Rusidah binti Abdul Rahman (tudung putih berbaju putih). Ibuku bukan keturunan jawa, tetapi melayu. Ayahku dan Ibuku sebaya dalam ditemukan jodoh. Hasil perkahwinan mereka, mereka telah dianugerakan oleh Allah memiliki 5 orang anak yang cantik, kemas, bijak, nakal, degil dan pelbagai ragam lagi. tetapi mereka berjaya mendidik anak2nya 1 per 1 untuk cuba terus berjaya. aku anak pertama, (memakai kemeja putih) , anak kedua (memakai tudung hitam) diberi nama Nursyaza binti Mardi. Syaza sekarang sedang menuntut tingkatan 6 atas di SMK Tun Ismail Batu Pahat Johor. Anak ketiga ibu ayah ku (memakai baju kuning), diberi nama Muhammad Irsyad bin Mardi. Irsyad menuntut di Sekolah berasrama penuh Batu Kikir N9. Anak keempat ibu ayahku (memakai kemeja merah), diberi nama Mohd Haziq bin Mardi. Haziq menuntut di Sekolah menengah Agama Maahad Muar Johor. sekarang berada dalam tingkatan 2. Anak terakhir ibu ayah ku (paling depan pakai baju coklat) diberi nama yang unik seperti aku, Nurinani Aliah binti Mardi. Masih bersekolah rendah di SK Seri Gading Batu Pahat Johor. Aliah adalah adikku yang paling manje dengan ku. Lihatlah gambar diatas, sungguh manis perhubungan kami semua.

Aku bersekolah pada awalnya di Tabika Kemas Parit Raja. kanak2 lagi, penah ku ingat ku asyik menangis di tabika tersebut. aku meneruskan pelajaran ku di SK Seri Gading sehingga darjah 6 ku tamat. banyak peristiwa di zaman aku masih menyambut hari kanak-kanak sedunia. nangis apabila diusik sehingga digelar “gembeng” bahasa jawanya. dan aku pernah menerima penyakit Histeria semasa aku darjah 4. di sekolah rendah aku pernah memegang jawatan timbalan pengerusi perpustakaan, dj sekola, pengawas sekolah dan aku juga ada memperolehi kemenangan2 di pertandingan bercerita. Aku mengakhiri UPSR ku dengan memperoleh keputusan yang sederhana baik, 3A 2B. bahasa inggeris dan BM pemahaman aku dapt B.

Aku meneruskan pembelajaran sekolah ku di SMK Sri Gading. Aku memasuki kelas rancangan Khas kerana keputusan UPSR ku agak baik untuk melayakkan masuk ke kelas rancangan khas. Aku juga diberi peluang untuk tinggal diasrama. pada mula aku tinggal diasrama, hari2 aku asyk menelefon ibuku. aku agak sukar untuk hidup jauh dari pangkuan ibuku. aku berjaya mengubah sikap “ngada-ngada” ku itu apabila aku masuk ke tingkatan 2. Aku mengakhiri PMR ku dengan result yang hanya memuaskan, tetapi masih layak untuk menyambung ke kelas aliran sains tulen. Apabila mask ke tahap 2 sekolah menengah aku mula aktif bergiat dalam persatuan, pengerusi kelab komputer, pembimbing rakan sebaya, pengerusi kelab kaunseling, aku aktif tetapi lalai dalam belajar. itulah silap ku. di ats silapku itu, keputusan SPM ku kurang memuaskan bagiku. aku cuba terus untuk memohon IPTA, Rezeki Allah, aku diberi peluang meneruskan pelajaran di UiTM Sarawak, Alhamdullillah! seronok di sana, pengalaman baru bagiku. Aku diberi peluang untuk mengambil jurusan Pra-diploma Sains. aku berazam untuk kuat belajar, akhirnya result ku baik untuk terus menyambungkan pelajaran ke peringkat diploma. Aku di Sarawak hanya diberi peluang untuk menginap selama 6 bulan sahaja. Aku pulang ke tanah semenanjung untuk menyambung pelajaran diploma ku. Aku menyambung peringkat Diploma dalam program Diploma sains di UiTM Pahang. agak kurang maju persekitarannya. pelik nape tempat majoritinya melayu tetapi tidak maju pembangunan. malu2. aku teruskan pembelajaran aku di UiTM pahang seperti biasa . walaupun keputasan aku pada mulanya kurang baik, tetapi rezeki Allah sekali lagi, aku diberi anugerah dekan semasa aku semester ke-4. Di UiTM Pahang aku bergiat aktif dalam kelab PEERS dari semester 1 hingga 4, dan sekarang aku diberi rezeki menjadi Majlis Perwakilan Pelajar. Aku seronok jadi pemimpin. banyk cabarannya. Aku berazam akan jadi pemimpin untuk negara suatu hari nanti.

Advertisements

3 Responses so far »

  1. 1

    farahadila said,

    detail btl ko cte psl background ko ye.. ko mmg gembeng dlu.. keh3..

  2. 3

    Kak Nina said,

    En Mardi dan Pn Rusidah …..bertuah menjadi anak2 kerna dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia..


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: