Archive for Keluargaku

IBU AYAH DIMANAKAH ENGKAU

Dugaan

Rakan ku telah diberi nama oleh ayahnya seunik yang telah Allah ketahui madsud namanya, Afdhalluddin. Dia adalah naib yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 09/10. Aku rapat ngan dia disebabkan aku sebilik ngan dia. Dia seorang yang ceria. Tetapi sejak kebelakangan ini kecerian yang tersurat di wajahnya hilang. Keresahan kesuraman yang tersurat dan tersirat di wajahnya.  Mungkin dia tidak berapa sihat kot. tak pa la, Allah nak uji dia. Allah nak bagi peluang dia membuang dosa-dosa kecil. Tetapi semalam keresahan dan kesuraman dia menjadi kesedihan apabila dia mendapat panggilan yang dia dikehendaki pulang kerumah secepat mungkin. Ayahnya kemalangan jalan raya. Astagfirullah..

familyday_14

Aku sangat tersentak, aku ingat ibu, aku ingat ayah. bagaimanakah mereka. Ibuku dirumah, ayah ku di mersing (bekerja). Aku rindukan mereka. Mereka harta sangat berharga bagiku. Ya Allah, sejahterakanlah kehidupan ibu ayahku dengan kesihatan rezeki dan elakkan nya dari sebarang balak bencana. Ya Allah aku tidak mahu ibu ayahku kesakitan. Aku tiada disisi nya. Ya Allah, jangan lah Engkau ambil ibu ayahku lagi. Aku belum lagi mampu melunaskan segala tanggungjawab ku sepenuhnya untuk ibu ayah ku, dan belum lagi aku mampu menebus segala dosa-dosa ku terhadap ibu ayahku. Ya Allah lindungilah mereka, peliharalah mereka..

Rakan-rakanku, ingat, Selepas Allah dan Rasul, ibu ayah lah cinta agong kita seterusnya. Ingatilah mereka dimana saja, bagi yang masih belajar atau bekerja jauh dari pandangan mereka seperti aku, adakah kita tau apa yang terjadi pada ibu ayah kita dirumah pada saat ini. Adakah mereka selamat? Adakah mereka sihat? Adakah mereka cedera? Adakah ibu kita terhiris jari semasa menghirs bawang semasa hendak masak untuk keluarga?Doakanlah mereka setiap kali lepas solat. Istiqamahkanlah hati kita dengan sentiasa mengingati mereka. Mereka sentiasa ingati anak-anak mereka, percayalah dan memang itu lah insan yang bernama ibu dan ayah. sebagai balasannya anak wajib ingatilah dan cintailah mereka walau dimana jua kita berada.

Aku sayang mak ayah ku, Aku sayang seluruh ahli keluargaku…

Advertisements

Comments (2) »